berblogwalking mencari sesuatu....sambil teman suami tgok tv,
terjumpa info yang sangat berguna....
benda ini selalu eja buat..huhuhu sedihnya! lepas ini kena perbetulkan lah..
Suatu ketika Rasulullah s.a.w berada
di dalam Masjid Nabawi, Madinah. Selepas menunaikan sembahyang, baginda
menghadap para sahabat untuk bersilaturahim dan memberikan bimbingan.
Tiba-tiba, masuklah seorang lelaki ke dalam masjid, lalu melaksanakan sembahyang
dengan cara yang amat cepat.
Setelah selesai, ia segera menghampiri Rasulullah
s.a.w dan mengucapkan salam. Nabi berkata pada lelaki itu, "Sahabatku,
engkau tadi belum sembahyang!"
Lelaki tersebut tentu sahaja amat terkejut
mendengar perkataan Rasulullah s.a.w. Ia pun kembali menunaikan sembahyang.
Lelaki itu bersembahyang dengan cara yang dilakukannya sebelumnya iaitu dengan
kadar yang amat cepat. Rasulullah s.a.w. tersenyum melihat "cara"
lelaki itu bersembahyang.
Selepas bersembahyang buat kali kedua, ia kembali
menghampiri Rasulullah. Bagaimanapun lelaki itu amat terkejut apabila
Rasulullah menyuruhkan menunaikan sembahyang sekali lagi.
Dengan taat ia menunaikan perintah Rasulullah,
namun bersembahyang dengan cara yang sebelumnya.
Namun Rasulullah masih menyuruh lelaki tersebut
mengulangi sembahyangnya, sehingga ia bertanya; "Wahai Rasulullah, demi
Allah yang telah mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak mampu melaksanakan sembahyang
dengan lebih baik lagi. Kerana itu, ajarilah aku!"
"Sahabatku," kata Rasulullah s.a.w.
dengan tersenyum, "Jika engkau berdiri untuk melaksanakan sembahyang, maka
bertakbirlah, kemudian bacalah Al-Fatihah dan surah dalam al-Quran yang engkau
rasa paling mudah. Lalu, rukuklah dengan tenang (thoma'ninah), lalu bangunlah
hingga engkau berdiri tegak. Selepas itu, sujudlah dengan tenang, kemudian
bangunlah hingga engkau duduk dengan tenang. Lakukanlah seperti itu pada setiap
rakaat sembahyang mu."
Kisah daripada Mahmud Al Anshari dan diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dalam Shahihnya ini memberikan gambaran bahawa sembahyang
tidak cukup sekadar "betul" pelaksanaannya, tetapi juga harus
dilakukan dengan thoma'ninah, tenang, dan khusyuk.
Kekhusyukan akan sukar diperoleh sekiranya
pergerakan fizikal tidak membantu. Misalnya, bersembahyang dengan cara yang
cepat dan terburu-buru. Sebab, dengan pergerakan yang cepat, seseorang akan
sukar menghayati setiap bacaan dan tumpuan akan menjadi berkurangan. Sekiranya amalan
ini menjadi kebiasaan, maka peranansembahyangsebagaipencegah perbuatan keji dan
mungkar kurang berkesan. Inilah rasional apabila Rasulullah s.a.w. menganggap
orang
yang melakukan sembahyang dengan cepat (tidak
tumaninah) umpama tidak bersembahyang.
Hikmah Pergerakan dalam Sembahyang
Sebelum melihat makna bacaan sembahyang yang dapat
melahirkan ketenangan jiwa, atau "jalinan komunikasi" antara hamba
dengan Tuhannya, secara fizikal sembahyang pun mengandungi banyak keajaiban.
Setiap gerakan sembahyang yang dicontohkan
Rasulullah s.a.w. mempunyai banyak hikmah dan bermanfaat bagi kesihatan.
Syaratnya, semua pergerakan tersebut dilakukan dengan sempurna, tumaninah serta
istiqamah (dilakukan secara berterusan).
Dalam buku Mukjizat Gerakan Shalat, Madyo
Wratsongko MBA. mengungkapkan bahawa pergerakan dalam sembahyang dapat
mengendurkan urat saraf dan mengaktifkan sistem haba dalam tubuh. Selain itu
juga membuka pintu oksigen ke otak, mengeluarkan arus negatif dari tubuh,
membiasakan pembuluh darah halus di otak mendapatkan tekanan tinggi, serta
membuka pembuluh darah di bagian dalam tubuh (arteri jantung).
Kita dapat menganalisis kebenaran sabda Rasulullah
s.a.w. pada kisah awal. "Jika engkau berdiri untuk melaksanakan sembahyang
maka bertakbirlah."
Semasa takbir Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua
tangannya ke atas hingga separas dengan bahu (HR Bukhari dari Abdullah bin
Vmar). Takbir ini dilakukan ketika hendak rukuk, dan ketika bangkit dari rukuk.
Baginda pun mengangkat kedua tangannya semasa
sujud. Apa rahsianya? Pada saat kita mengangkat tangan separas bahu, maka
automatik kita membuka dada, memberikan aliran darah dari pembuluh yang
terdapat di lengan untuk dialirkan ke bagian otak
bagi mengatur keseimbangan tubuh.
"Rukuklah dengan tenang (toma'ninah)."
Ketika rukuk, Rasulullah s.a.w. meletakkan kedua telapak tangan di atas lutut
(HR Bukhari dari Sa'ad bin Abi Waqqash). Apa rahsianya? Rukuk yang dilakukan
dengan tenang dapat merawat kelenturan tulang belakang yang berisi sumsum tulang
belakang (sebagai pusat saraf manusia). Rukuk pun dapat memelihara kelenturan
tuas sistem keringat yang terdapat di belakang pinggang, paha dan betis
belakang.
Demikian pula tulang leher, tengkuk dan saluran
saraf memori dapat terpelihara kelenturannya apabila rukuk. Kelenturan saraf
memori dapat dijaga dengan mengangkat kepala secara maksimum dengan mata
mengharap ke tempat sujud.
"Lalu bangunlah hingga engkau berdiri
tegak." Apa rahsianya? Semasa berdiri dengan mengangkat tangan, darah dari
kepala akan turun ke bawah, sehingga bagian pangkal otak yang mengatur
keseimbangan berkurang tekanan darahnya. Hal ini dapat menjaga saraf
keseimbangan tubuh dan berguna mencegah pengsan secara tiba-tiba.
"Selepas itu, sujudlah dengan tenang."
Apa rahsianya? Apabila pergerakan ini dilakukan dengan betul, sujud dapat
memaksimumkan aliran darah dan oksigen ke otak atau kepala, termasuk pada mata,
telinga, leher, serta hati. Cara seperti ini efektif untuk membongkar sumbatan
pembuluh darah di jantung, sehingga risiko terkena jantung koroner dapat
diminimumkan.
"Kemudian bangunlah hingga engkau duduk
dengan tenang." Apa rahsianya? Cara duduk di antara dua sujud dapat
menyeimbangkan sistem arus dalam tubuh kita. Selain dapat menjaga kelenturan
saraf di bahagian paha, cekung lutut, cekung betis, sehingga jari-jari kaki.
Subhanallah!
Masih ada pergerakan sembahyang lainnya yang pasti
memiliki hikmah dan rahsia, termasuk amalan berwuduk. Semua ini memperlihatkan
bahawa sembahyang adalah anugerah terindah daripada Allah SWT pada
hamba-hambaNya yang beriman.Suatu ketika Rasulullah s.a.w berada

hamba-hambaNya yang beriman.
No comments:
Post a Comment